Minggu, 16 Maret 2014
Ustaz Hadi cabar Majlis Fatwa hantar surat rasmi
Harakahdaily
| Khairul Azlam Mohamad, | 05 Jan 2013 |
KUALA TERENGGANU: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mencabar Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan surat rasmi berkenaan keputusan mengenai ‘Amanat Haji
Mengulas kenyataan Datuk Seri Dr Rais Yatim bahawa Majlis Fatwa Kebangsaan turut memutuskan amanat itu bercanggah dengan kepentingan masyarakat Islam dan kemuliaan agama serta prinsip dakwah Islamiah, beliau menafikan menerima sebarang surat daripada mufti tersebut.
“Saya tidak menerima surat dari Majlis Fatwa Kebangsaan. Saya cabar Majlis Fatwa hantar surat kepada saya. Dia (Majlis Fatwa) tak panggil saya.
“Surat rasmi pun tidak ada…atas angin sahaja. Bukan boleh atas angin begitu…bukan ‘meniaga’ ni dan kalau berniaga pun tidak boleh atas angin. Ini soal agama,” tegasnya.
Beliau berkata ‘amanat’ itu merupakan satu petikan daripada ucapan beliau yang dibuat di Banggol Peradong 31 tahun yang lalu.
Ustaz Abdul Hadi menjelaskan beliau tidak pernah menamakan ucapan tersebut sebagai amanat tetapi dibuat oleh pihak lain.
“Amanat itu satu petikan, saya tidak menamakan ‘amanat’ tetapi orang lain yang menamakan ‘amanat’ dan yang beri nama ‘amanat’ itu termasuk Umnolah.
“Bukan saya menamakan ‘amanat’, ia petikan ucapan saya selepas itu dibentang di Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu. Ketua Biro Agama Umno bentang dan saya bangun (jawab)…betul, itu ucapan saya. Masa itu kenapa tidak hujah, selepas 30 tahun baru hendak hujah,” ujarnya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menunaikan solat jenazah allahyarham Tengku Zaliha binti Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah di Maqam Diraja Masjid Abidin, di sini petang tadi.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang menegaskan isu penjelasan amanat tersebut bukan sekadar pilihan raya tetapi kerana hari akhirat.
Menurutnya, jika Perdana Menteri atau mufti enggan bersemuka di atas dunia, maka tunggulah pada hari akhirat ketika mengadap Allah SWT.
“Saya akan mati, mufti-mufti juga akan mati, Perdana Menteri mati, saya mati…kita mengadap Tuhan. Tuhan yang akan menentukan betul atau pun salah. Jika tidak atas dunia ini..akhiratlah. Kita bertemu dengan Tuhan jika atas dunia tak mahu bertemu,” tegasnya.
Justeru, Ustaz Abdul Hadi tetap bertegas mahukan ruang penjelasan selama satu jam bersiaran di RTM milik kerajaan kerana PAS tidak memiliki media yang menyeluruh.
“Saya tetap mahukan (siaran langsung) supaya masyarakat berlaku adil. Adil ini kena dengar semua pihak dan dengan cara itulah, sebab kita tiada media.
“Biar rakyat tahu…dia (rakyat) dengar semua barulah (faham). Ini dengar sebelah pihak, macam mana.
“ Kena dengar dulu apa yang saya hendak kata, supaya masyarakat dengar betul atau tidak apa yang saya hendak kata,” ujarnya.
Sabtu, 15 Maret 2014
Video Gadis Melakukan Seks Dengan Lebih 300 Lelaki Lakukan Seks Di Katil Ibu
[Video] Gadis 15 Tahun Dah Bersetubuh Dengan Lebih 300 Orang Lelaki - Pada usia 15 tahun, Victoria Thompson tidak seperti mana-mana gadis-gadis muda lain. Pada usia 15 tahun beliau mahukan anak dan dia tidak keberatan untuk tidur dengan lebih 300 lelaki berlainan.
Beliau muncul di sebuah episod Maury yang tampil dalam episod “I’m in the 9th grade… You can’t stop me from having a baby!”.
Dalam kenyataan Victoria. Dia ingin menimang anak sebelum berusia 16 tahun.
Menurut Ibunya, Vicki, dia pernah terserampak anaknya sedang melakukan hubungan seks dengan lelaki tidak dikenali sebanyak tiga kali di dalam bilik tidurnya.
Pada kali pertama dia terserampak, dia memarahi anaknya. Pada ketika itu Victoria masih mendengar kata, tetapi selepas itu Victoria tidak mengendahkan langsung tegahan Ibunya.Pada tahun 2009, Victoria membuat kemunculan semula dalam episod Maury dengan berbadan dua. Pada ketika itu, Victoria berumur 19 tahun.
Dan pada Februari 2010, dia melahirkan seorang bayi lelaki yang sihat, dengan nama, Joven Angel.
Pada November, 2011, beliau adalah “model” dalam salah sebuah laman lucah – paapaada.blogspot
Kamis, 13 Maret 2014
Upah gunting rambut Sultan Brunei RM86 497
Source:http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2009&dt=0825&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_10.htm
SULTAN HASSANAL BOLKIAH
LONDON - Pemerintah Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah sanggup membelanjakan £15,000 (RM86,497) bagi membawa seorang tukang gunting rambut dari sini ke Brunei, lapor akhbar Sunday Timeskelmarin.
Baginda menyewa suite peribadi sebuah pesawat bagi membolehkan tukang gunting kegemarannya, Ken Modestou tidak bercampur dengan penumpang lain kerana bimbang dia dijangkiti virus selesema babi.
Sultan Brunei merupakan antara manusia yang terkaya di dunia dengan kekayaan bernilai £12 bilion (RM69.15 bilion) menggunakan khidmat Modestou sejak 16 tahun lalu.
Dia bekerja di sebuah kedai gunting di Hotel Dorchester di Mayfair, tengah London.
Pada setiap tiga atau empat minggu, dia diterbangkan ke Brunei dan diberikan penginapan selama beberapa malam selain upah ribuan dolar sebelum balik ke London.
George Kadi yang bertugas dengan Modestou memberitahu: "Dia kerap ke sana. Sultan menerbangkan dia dengan kelas pertama pada kos £9,000 (RM51,873).
"Semuanya ditanggung iaitu hotel dan makanan mewah, asalkan dia mahu pergi ke Brunei."
Caj biasa yang dikenakan untuk menipiskan rambut di kedai Modestou ialah £30 (RM172.87).
Kadi berkata, Sultan Brunei yang berusia 63 tahun itu membayar Modestou melalui sekeping sampul surat yang agak tebal tetapi penuh dengan wang tunai. - Agensi
Rabu, 12 Maret 2014
Kempunan telur goreng libas leher isteri
14 Mac 2013
Seorang isteri cedera di belakang leher akibat dilibas pisau pemotong daging oleh suaminya yang naik berang kerana keinginannya menikmati hidangan telur goreng tidak dipenuhi.
Dalam kejadian di rumah pasangan itu di Taman Intan, dekat sini, kira-kira jam 12 tengah malam, mangsa berusia 24 tahun yang cedera, menyelamatkan diri dengan berlari mendapatkan bantuan di rumah jiran.
Difahamkan, ketika kejadian suami mangsa berusia 44 tahun, dikatakan pulang ke rumah dalam keadaan mabuk dan meminta mangsa menggorengkan telur.
Mangsa memberitahu suaminya telur sudah habis tetapi suspek tetap mendesak isterinya menggorengkan telur sehingga berlaku pertikaman lidah.
Berang dengan keengganan isterinya, lelaki terbabit bertindak mengambil pisau pemotong daging lalu diacukan ke belakang leher mangsa dan ketika pergelutan, leher wanita itu tercedera.
Bimbang lebih teruk dicederakan, wanita itu melepaskan diri sebelum meminta bantuan daripada jirannya yang kemudian membuat laporan di Balai Polis Kapar. Difahamkan suami mangsa bekerja sebagai pemandu lori pasir sejak sebulan lalu dan sering pulang ke rumah lewat malam dalam keadaan mabuk.
Tumpang rumah ibu bapa
Akibat kejadian itu, mangsa yang tidak bekerja kini menumpang di rumah ibu bapanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohamad Shukor Sulong, ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan menjelaskan kes disiasat mengikut seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dengan mengunakan senjata.
beritaharian
Selasa, 11 Maret 2014
TLDM Guna Heli Bantu Bayi Sesak Nafas
.jpg)
KUALA LUMPUR – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) membuat penerbangan ihsan untuk membawa bayi berusia 6 bulan yang memerlukan rawatan kecemasan di Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh, Perak kelmarin.
TLDM dalam satu kenyataan memberitahu, pesawat yang digunakan dalam penerbangan ihsan tersebut adalah Fennec dari Skuadron 502, Unit Udara TLDM yang berpangkalan di Pangkalan TLDM Lumut.
“Bayi ini, Masrina a/p Zambri mengalami gejala demam panas dan sesak nafas yang kritikal serta tidak menyusu selama dua hari.
“TLDM menerbangkan bayi itu dari Pos Orang Asli Balar di Gua Musang, Kelantan dan didaratkan di Padang Pusat Transit Kesihatan, Tambun lalu dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun,” kata kenyataan itu semalam.
Menurut kenyataan itu, TLDM menerima permohonan mendapatkan penerbangan ihsan itu daripada Ketua Unit Pengangkutan dan Perhubungan Awam Jabatan Hal Ehwal Orang Asli, Nasrolbari Ahmad Bari.
Pesawat itu diterbangkan oleh Leftenan Komander Aman Mohamad Poat bersama Leftenan Komander Shahrul Nazhar Shamsi yang bertindak sebagai pembantu juruterbang.
Kata kenyataan itu, turut sama dipertanggungjawabkan dalam melaksanakan penerbangan ihsan itu ialah Bintara Kanan Zulkefly Johan yang bertindak selaku Kuartermaster Udara.
“Penerbangan ihsan ini merupakan komitmen TLDM dalam melakukan tanggungjawab sosial dan membuktikan kesediaannya untuk mengoperasikan aset pada bila-bila masa,” kata kenyataan itu.
Senin, 10 Maret 2014
Kuarters Guru Jadi Sarang Maksiat

SUNGAI PETANI – Keadaan 10 blok kuarters guru lima tingkat di belakang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Pasir membimbangkan penduduk berdekatan memandangkan ia telah dijadikan tempat lepak bagi golongan remaja melakukan perbuatan tidak berfaedah.
Penduduk, Yaakob Bakar, 58, berkata, kuarters yang mampu menempatkan kira-kira 100 keluarga dilihat tidak berpenghuni sejak lebih lima tahun walaupun dipercayai dilengkapi pelbagai kemudahan perabot, tempat letak kereta dan sebuah surau.
Beliau yang juga Bendahari Badan Kebajikan Islam Taman Semarak (Bakitas) berkata, keadaan menjadi semakin teruk apabila ia dipenuhi semak sementara perkakasan besi dan serpihan kayu perabot diambil orang disebabkan tiada sesiapa yang menjaga kuarters berkenaan.
“Kita selalu membuat rondaan dan adakala melihat beberapa individu atau berkumpulan keluar dari kawasan kuarters tidak kira siang atau malam,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Menurutnya, ia juga dikhuatiri menjadi sarang haiwan liar terutama ular kerana jaraknya terlalu hampir dengan kawasan perumahan dan dua sekolah.
Sementara itu, Barkri Ahmad, 57, berkata, kuarters itu juga dilihat menjadi sarang maksiat bagi pasangan kekasih terutama pada waktu malam.
Dia yang juga ahli jawatankuasa Bakitas berkata, setelah bertahun-tahun ditinggalkan, kuarters itu kini dikhuatiri menjadi port lepak penagih dadah mahupun pelajar ponteng sekolah untuk melakukan kegiatan tidak bermoral.
Sementara itu, Ketua Umno Cawangan Taman Semarak, Mohd Romaizi Mohd Ghazali berkata, blok berkenaan boleh menempatkan anggaran 500 ahli keluarga sekiranya dimanfaatkan sebaiknya.
“Apabila ditinggalkan, sistem perparitan tidak teratur, loji rosak, longkang bertakung yang boleh menyebabkan Aedes membiak, laluan kumbahan juga tersumbat tambahan pula penutup besi hilang, tidak tahu angkara siapa,” katanya.
Menurutnya, kuarters berkenaan sekiranya dapat dibaik pulih, boleh menempatkan pelajar asrama atau mana-mana pelajar pusat pengajian yang berhadapan masalah tempat tinggal.
“Ada kelebihannya juga sekiranya dijadikan tempat berteduh golongan miskin yang terbeban dengan masalah kewangan akibat taraf hidup yang semakin meningkat,” katanya.
Sementara itu, Sinar Harian yang meninjau lokasi kuarters tersebut semalam, terkejut apabila bertembung seorang penunggang motosikal dengan selamba keluar dari situ.
Siasatan ke lokasi turut menemui sebuah lagi motosikal yang diparkir di blok kelima kuarters dengan tiga topi keledar diletakkan di kawasan sama, bagaimanapun, tiada kelibat mana-mana individu kelihatan.
Sebaik tinjauan diteruskan, terdengar bunyi bising dari beberapa blok terakhir dipercayai perbuatan individu tertentu sedang mencungkil kayu atau besi yang terdapat dalam kuarters, besar kemungkinan untuk dijual bagi mendapatkan wang.
Sehubungan itu, Mohd Romaizi menggesa pihak berkaitan melakukan tindakan susulan bagi mengatasi masalah berkenaan.
Dalam perkembangan sama, Exco Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya, Datuk Tajul Urus Mat Zain berkata, pihaknya telah dimaklumkan mengenai perkara itu dan akan membuat lawatan susulan tidak lama lagi.
Menurutnya, lawatan juga akan menjemput beberapa jabatan terlibat termasuk Jabatan Kerja Raya, Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri dan beberapa pihak lain berkaitan.
“Saya akan melihat secara terperinci berhubung masalah ini dan kebimbangan yang disuarakan penduduk.
“Tambahan pula, ia melibatkan prasarana yang sudah dibina, berlaku pembaziran sekiranya dibiarkan,” . – Sinar Harian.
Sabtu, 08 Maret 2014
Puding Labu
Bahan-bahan:
1/2 biji labu kuning yang halus isinya
3 sudu tepung kastard
1 1/2 cawan susu cair atau susu segar
1 biji telur
2 sudu besar gula Melaka yang dihancurkan
2 sudu besar gula pasir
2 sudu kismis
3 sudu tepung kastard
1 1/2 cawan susu cair atau susu segar
1 biji telur
2 sudu besar gula Melaka yang dihancurkan
2 sudu besar gula pasir
2 sudu kismis
Cara menyediakan:
1. Belah dua labu dan korek isinya. Rebus isi labu hingga empuk dan ketepikan bahagian kulitnya.
2. Kisar isi labu yang telah direbus bersama susu, telur, tepung kastard, gula Melaka dan gula pasir hingga hancur kesemua bahan.
3. Tuangkan ke dalam (kulit) labu yang telah dikorek. Taburkan kismis dan bakar dalam ketuhar selama setengah jam pada suhu 100 darjah Celsius.
Jumat, 07 Maret 2014
Tanaman tanaman Pembersih Udara di Dalam Rumah
21 Oktober 2013
Courtesy Vemale.com/BSB
Beberapa tanaman hias ternyata tak hanya cantik dipandang. Tetapi mereka juga punya manfaat sehat bagi manusia.
Tidak digunakan sebagai bahan jamu atau makanan, tetapi beberapa tanaman hias ini membantu membersihkan udara di dalam ruangan, sehingga sehat dan segar untuk snda hirup kembali. Apa saja ya tanaman itu?
Palem Kuning
Courtesy HomeGardeningJournal.Wordpress.com
Palem kuning punya nama latin Chrysalidocarpus. Batang dan dahannya cenderung berwarna kekuningan, terutama bila terkena sinar matahari yang cukup. Berkembang biak dengan biji dan tingginya boleh sampai 4 meter apabila ditanam di luar pot.
Namun, anda boleh menanamnya di sebuah pot dan meletakkannya di dalam ruangan. Fungsinya sebagai pembersih udara alami, dan menghilangkan formaldehida, benzena, serta karbondioksida. Sangat baik ditanam untuk menyerap racun dari asap rokok.
Bunga Peace Lily
Courtesy TheNewEcologist
Bunga yang satu ini umumnya berwarna merah dan putih. Daunnya panjang dan berwarna gelap. Kerana tidak memerlukan banyak sinar matahari, maka ia sesuai diletakkan di dalam ruangan.
Bunga ini doyan air dan dapat menyerap polusi di dalam rumah. Lebih baik diletakkan agak jauh dari area yang terkena matahari atau jendela, sehingga usianya dapat lebih lama.
Pakis Boston
Courtesy TheNewEcologist
Atau disebut juga pakis pedang adalah tanaman yang sangat umum ditemukan di Indonesia dam Malaysia. Asalnya sebenarnya dari Amerika, Mexico, India barat, dan Afrika, namun kemudian tanaman ini diperkenalkan dan dibawa ke Indonesia.
Tanaman yang tidak tahan panas dan boleh menyimpan asupan air yang cukup banyak ini biasa ditanam langsung di tanah, di dalam pasu atau juga digantung. Ia dapat menyerap polusi udara dan membersihkan udara di dalam ruangan anda.
Sirih Belanda
Courtesy TheNewEcologist
Sirih Belanda juga dikenal dengan nama Devils Ivy, sebuah tanaman hias yang biasanya diletakkan di dalam pasu. Ia adalah termasuk tanaman monokotil dan doyan air. Tanaman ini dapat menyerap aneka racun dan polusi di dalam ruangan, dan sesuai diletakkan untuk anda yang suka merokok di rumah.
Sanseviera
Courtesy Deconstuido
Disebut juga sebagai tanaman lidah mertua. Tanaman hias yang satu ini boleh ditanam di area luar ruangan. Memiliki daun yang keras, tegak dan hujungnya meruncing. Dapat digunakan untuk menyuburkan rambut, mengubati diabetes, serta kanser ganas.
Namun, uniknya lagi ia ampuh menyerap polusi dan racun, sehingga sesuai diletakkan di dalam pasu dan disimpan di dalam ruangan.
Tanaman-tanaman tadi mudah ditemukan di sekeliling anda dan umumnya harganya murah. Dapat dengan mudah dibeli di pasar bunga dengan harga berpatutan.
Sumber: Vemale.com
Kamis, 06 Maret 2014
Drebar bas kesal menang loteri
myMetro 23 April 2013
London: Di sebalik ‘tuah’ kerana memenangi loteri bernilai puluhan juta ringgit, seorang bekas pemandu bas mengakui, kadang-kadang dia berharap kemenangan itu tidak pernah berlaku dalam hidupnya.
Sebelum ini, John Noakes berkongsi dengan 11 lagi pemandu bas membeli loteri dan mereka disahkan memenangi hadiah bernilai £38 juta (RM176.5 juta) Kata lelaki berasal dari Corby itu, pada awalnya dia menyangka kemenangan itu akan membolehkan segala impiannya tercapai. Namun, Noakes, 50, berkata selain kegembiraan, wang loteri itu datang bersama pelbagai bala.
“Sebab itu sesekali saya berharap saya tidak memenangi loteri berkenaan,” katanya. Bekas Pemandu Bas Terbaik itu berkata, setiap daripada mereka yang berkongsi membeli loteri itu memperoleh kira-kira £3 juta (RM13.9 juta) seorang.
Sejak memenangi loteri itu, kata Noakes, mereka mula didatangi pelbagai masalah, daripada isu keluarga sehingga membabitkan aspek kesihatan.
Noakes kini masih menetap di rumah lamanya bersama isteri, Jean, di bandar Northamptonshire.
Kata Noakes, masalah itu memaksa sebahagian daripada rakannya berpindah dari Northamptonshire.
“Malah, dua daripada kami terpaksa meninggalkan Britain.
“Saya dan Jean pula sedang bersiap-siap memulakan hidup baru di Cyprus,” katanya.
Sejak menjadi jutawan, kata Noakes, hidup mereka berubah sama sekali, tetapi tidak semuanya membawa kebaikan. Noakes sendiri mula menjadi perokok baru-baru ini akibat dilanda kemurungan. “Walaupun saya gembira memenangi wang yang banyak, perubahan daripada hidup susah menjadi kaya-raya sebenarnya mencabar,” katanya. Antara kesulitan yang dialaminya, dia terpaksa meneliti segala wang yang dibelanjakan bagi memastikan ia bertahan.
“Kebanyakan rakan saya juga enggan bersahabat dengan saya lagi,” katanya. Noakes turut selalu didatangi orang tidak dikenali dan meminta wang di jalanan.
Majikan Noakes juga menolak tawarannya untuk membantu syarikat pengangkutan itu secara percuma ketika London menjadi tuan rumah Sukan Olimpik tahun lalu.
Satu lagi cabaran Noakes ialah untuk berlaku adil kepada semua anggota keluarga tanpa menyebabkan sesiapa kecewa.
Justeru, katanya, dia dan Jean bercadang berpindah ke Cyprus.
Kata Noakes, sejak memenangi loteri itu, dia berhenti kerja tetapi menafikan hidup mereka berubah.
“Kami masih berbelanja di kedai sama, menggunakan kereta terpakai dan tetap cuba tawar-menawar ketika membeli pakaian,” katanya ketika ditemui, semalam. Seorang rakan Noakes yang memenangi loteri itu kini berpindah ke Sepanyol bagi mengelak berdepan perselisihan faham sesama keluarga. - Daily Mail
Rabu, 05 Maret 2014
Ibu Buktikan Anak di Dera Pengasuh Taman Melati
Ibu Buktikan Anak di Dera Pengasuh Taman Melati | Seorang ibu mendakwa rakaman kanak-kanak yang didera pengasuh TASKA di Taman Melati, di sini, yang disiarkan menerusi Buletin Utama TV3, malam kelmarin adalah anaknya berdasarkan rambut kerinting.

Berikutan itu, Munirah membuat laporan polis di Balai Polis Wangsa Maju kerana mengesyaki anaknya mangsa penderaan pengasuh di pusat jagaan berkenaan.
Katanya, premis itu menempatkan lebih 20 kanak-kanak, termasuk kurang upaya yang dikendalikan seorang pemilik dan dua pengasuh warga tempatan.
Anak bongsu daripada enam beradik itu dihantar sejak berusia lima bulan dan mula berubah sikap apabila menangis setiap kali hampir kawasan TASKA tersebut, katanya ketika ditemui, pemberita semalam.

Sementara itu, seorang bapa meletakkan kamera tersembunyi dalam beg sekolah milik anak lelakinya berkata, tindakan itu dibuat selepas mengesyaki ada kejadian penderaan berlaku di pusat jagaan itu.
Saya meletakkan kamera bentuk pen berharga RM48 di beg sekolah anak pada 17 Oktober lalu. Bagaimanapun keadaan beg terbalik menyebabkan kejadian tidak dapat dirakam dan hanya dengar suara seperti kanak-kanak dimarah, pukul dan tangisan kanak-kanak.
Pada 18 Oktober saya berjaya merakam insiden seorang pengasuh memukul seorang kanak-kanak rambut kerinting dengan tuala sehingga tersembam ke lantai, manakala kanak-kanak turut dipukul dan tampar menggunakan tangan, katanya.
Rakaman selama setengah jam itu dimuat naik ke Youtube dan Facebook kelmarin mendapat perhatian dua ibu kepada kanak-kanak di TASKA berkenaan, yang kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Wangsa Maju. sumber
Senin, 03 Maret 2014
10 Masjid Terindah di Dunia
10 masjid terindah di dunia, penilaiannya dari luas masjid, sejarah, fasilitas dan kegunaannya:
1. Masjid Baitul Mukarram, Dhaka, Bangladesh
Memiliki kapasitas 30.000 orang, menjadi 10 Masjid terbesar di dunia, namun masih mendapatkan mesjid terlalu penuh dengan setia muslim ibadah. Karena ini, pemerintah bangladesh telah memutuskan untuk menambahkan ekstensi (pelebaran) masjid.
2. Masjid Faisal , Islamabad, Pakistan
Faisal di Masjid
di Islamabad adalah masjid terbesar di Indonesia dan Asia Selatan dan masjid terbesar keempat di dunia. Itu adalah masjid terbesar di dunia 1986-1993 ketika di kalahkan ukuran oleh selesainya Masjid Hassan II di Casablanca, Maroko. Setelah ekspansi dari Masjid Al-Haram
(Grand Mosque) dari Mekkah dan Al-Masjid Al-Nabawi (Mesjid Nabi) di Madinah, Arab Saudi pada tahun 1990-an,
Masjid Faisal Masjid ke tempat keempat terbesar di dunia.
3. Masjid Sultan, Singapore
Masjid Sultan
, terletak di Muscat Street and North Bridge Road di Kampung Glam Kabupaten Rochor Perencanaan Wilayah di Singapura. Masjid dianggap salah satu yang paling penting masjid di Singapura. Doa aula dan domes menyorot dari masjid fitur star.
Masjid Sultan telah tinggal dasarnya tidak berubah sejak dibangun, hanya dengan perbaikan dilakukan untuk ruang utama di tahun 1960 dan lampiran yang ditambahkan pada tahun 1993 . Ia tetapkan sebagai monumen nasional pada tanggal 14 Maret 1975.
Masjid Sultan telah tinggal dasarnya tidak berubah sejak dibangun, hanya dengan perbaikan dilakukan untuk ruang utama di tahun 1960 dan lampiran yang ditambahkan pada tahun 1993 . Ia tetapkan sebagai monumen nasional pada tanggal 14 Maret 1975.
4. Masjid Raya Baiturrahman, Banda Aceh, Indonesia
Masjid Raya Ba
iturrahman adalah sebuah masjid yang berada di pusat Kota Banda Aceh. Masjid ini dahulunya merupakan masjid Kesultanan Aceh.
Sewaktu Belanda menyerang kota Banda Aceh pada tahun 1873, masjid ini dibakar, kemudian pada tahun 1875 Belanda membangun kembali sebuah masjid sebagai penggantinya.
Mesjid ini berkubah tunggal dan dapat diselesaikan pada tanggal 27 Desember 1883. Selanjutnya Mesjid ini diperluas menjadi 3 kubah pada tahun 1935. Terakhir diperluas lagi menjadi 5 kubah (1959-1968).
Masjid ini merupakan salah satu masjid yang terindah di Indonesia yang memiliki bentuk yang manis, ukiran yang menarik, halaman yang luas dan terasa sangat sejuk apabila berada di dalam ruangan masjid tersebut.
5.Masjid Taj’ul, Bhopal, India
6. Masjid Omar Ali Saifuddin, Brunei
Sultan Om
ar Ali Saifuddin Mosque adalah masjid kerajaan Islam yang terletak di Bandar Seri Begawan, ibukota Kesultanan Brunei. Masjid diklasifikasikan sebagai salah satu masjid paling spektakuler di kawasan Asia Pasifik dan menjadi daya tarik utama bagi para turis. Sultan Omar Ali Saifuddin Mosque dianggap di antara orang-orang Brunei sebagai landmark dari negaranya.
7. Masjid Zahir, Kedah, Malaysia
Masjid ini dib
angun pada tahun 1912, sebuah usaha yg dibiayakan Tunku Mahmud Ibni Almarhum Sultan Tajuddin Mukarram Shah. Situs ini masjid merupakan makam dari Kedah warriors yang telah meninggal sambil mempertahankan Kedah dari Siam pada 1821. Arsitektur dari masjid ini terinspirasi oleh AZIZI Masjid di Langkat kota di utara Sumatera. Masjid ini ditingkatkan dengan lima besar utama domes melambangkan lima prinsip-prinsip Islam.
8. Masjid Al Aqsa, Jerusalem, Israel (Palestine)
Masjid Al-Aqs
a (Arab: المسجد الاقصى, “Masjid yang terjauh”), juga dikenal sebagai Al-Aqsa, adalah sebuah tempat suci Islam di Kota Lama dari Yerusalem. Di masjid itu sendiri merupakan bagian dari Al-Haram ash-Sharif atau “Sacred Noble Sanctuary” (bersama-sama dengan Dome of the Rock), sebuah situs yang juga dikenal sebagai Gunung Bait dan situs tersuci situs dalam Judaisme, karena diyakini menjadi tempat Bait di Yerusalem sekali berdiri. secara luas dianggap sebagai yang ketiga tersuci situs dalam Islam, umat Islam percaya bahwa nabi Muhammad itu diangkut dari Masjidilharam di Mekah ke Al-Aqsa selama Perjalanan Malam. tradisi Islam menyatakan bahwa Muhammad memimpin doa terhadap situs ini sampai ketujuhbelas bulan setelah emigrasi, ketika Tuhan memerintahkan dia untuk berbelok ke arah Ka’aba.
Di Masjid Al-Aqsa pada awalnya kecil doa rumah dibangun oleh Rashidun kalif Umar, tetapi telah dibangun dan dikembangkan oleh Ummayad kalifat Abd al-Malik dan selesai oleh anaknya Al-Walid di 705 CE. Setelah gempa bumi di 746, masjid itu benar-benar hancur dan dibangun oleh Abbasid kalifat Al-Mansur di 754, dan kembali lagi oleh para penerus al-Mahdi di 780. gempa Lain bumi paling hancur paling al-Aqsa pada 1033, tetapi dua tahun kemudian Fatimid kalifat Ali az-Zahir lain dibangun masjid yang telah berdiri hingga saat ini-hari. Selama periodik dilakukan renovasi, berbagai dynasties memerintah dari Islam kalifat tambahan untuk dibangun masjid dan daerah sekitar, seperti kubah, penglihatan, dan minbar, minarets struktur dan interior. Bila Crusaders diambil di Yerusalem 1099, mereka menggunakan masjid sebagai istana dan gereja, tetapi fungsinya sebagai masjid telah dikembalikan setelah kembali oleh Saladin. Lagi renovasi, perbaikan dan penambahan dilakukan dalam abad kemudian oleh Ayyubids, Saat ini, Kota Lama dibawah Israel kontrol, tetapi masih di bawah masjid administrasi Palestina yang dipimpin-Islam waqf.
9. Masjid Al Nabawi, Madina, Saudi Arabia
Salah satu fitur yang paling penting dari situs yang Green Dome melalui bagian tengah masjid, di mana kubur Muhammad berada. Hal ini tidak benar-benar diketahui saat itu dibangun kubah hijau tetapi manuskrip dating ke awal abad 12 menjelaskan kubah. Hal ini dikenal sebagai Dome Nabi atau Green Dome. Islam setelah pemerintah sangat diperluas dan dihiasi it. Awal Muslim pemimpin Abu Bakr dan Umar yang dimakamkan di sebuah daerah di sekitar masjid.
Situs pada awalnya Muhammad rumah, ia menetap di sana setelah Hijra (emigrasi) ke Madinah, kemudian membangun sebuah masjid di pekarangan. Ia sendiri bersama berat dalam pekerjaan konstruksi. Asli masjid merupakan bangunan udara terbuka. Dasar rencana bangunan telah diadopsi di dalam bangunan masjid yang lainnya di seluruh dunia.
Masjid juga digunakan sebagai pusat masyarakat, pengadilan, dan sekolah agama. Ada satu platform untuk membangkitkan orang-orang yang yang diajarkan Alquran.
10. Masjid Al Haram, Makkahm, Saudi Arabia
Masjid ini juga dikenal sebagai Grand Mosque.
Saat ini struktur yang mencakup wilayah 400.800 meter persegi (99,0 acres) termasuk luar dan dalam ruang doa dan dapat menampung sampai 4 juta selama ibadah haji periode, salah satu yang terbesar tahunan gatherings orang di dunia.
sumber
Minggu, 02 Maret 2014
Hang Tuah Wujud Atau Tidak

Beliau juga ada menyebut tentang kajian beliau di Sungai Duyung, Pulau Singkap untuk mencari bukti kewujudan Hang Tuah dan mengesahkan pahlawan ini berasal dari suku kaum yang digelar orang laut Sekanak. Kajian ini sekaligus menunjukkan fakta yang mengatakan Hang Tuah tidak wujud sama sekali tidak boleh dipakai.
Beliau yang memegang jawatan sebagai senior fellow di Centre for Policy Research and International Studies, Universiti Sains Malaysia (USM) juga berkata kewujudan Hang Tuah banyak di sebut dalam karya sastera dari Indonesia, Kemboja, China dan Jepun sekaligus menyokong fakta ini.
3,4 bulan lepas, seorang pakar sejarah terkenal, Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim, mengeluarkan kenyataan yang laksamana Hang Tuah, empat rakannya dan Puteri Hang Li Po tidak pernah wujud. Beliau mahukan teks sejarah ditulis semula bagi menyelaraskan dengan fakta dan bukannya mitos atau lagenda. Tiada rekod yang menunjukkan pahlawan Melaka itu benar-benar wujud, katanya.
Jadi mana satu kita nak percaya ni. Nak baca kat internet? Penulis cuba rujuk beberapa artikel tentang perkara ni di blog dan forum. Bermacam cerita yang ditimbulkan. Ada yang mengatakan Hang Tuah sememangnya wujud tetapi berasal dari cina, kerana menggunakan nama yang agak pelik dan tiga suku kata kecuali Kasturi. Tuah, Lekir, Lekiu, penulis sendiri tak pernah dengar sebahagian nama pahlawan ni.
Dan ada yang menidakkan fakta ini berpendapat Hang Tuah itu cina dari segi nama tidak boleh digunapakai, Munsyi Abdullah, menggunakan nama Arab tetapi beliau adalah orang Melayu. Dan beberapa contoh lagi. Betul jugak.
Mempertikaikan Hang Tuah wujud atau tidak satu konspirasi?
Mungkinkah pertikaikan wujud nya Hang Tuah ini satu konspirasi untuk menjatuhkan Melayu? Mungkin juga bermotif politik. Ada ura-ura yang mengatakan buku teks sejarah sekolah menengah yang berkait dengan sejarah pahlawan Melayu ini akan dirombak dan dicetak semula. Ada projek kat situ
Terlalu banyak pihak yang bertelagah tentang sejarah Hang Tuah ini samada wujud atau tidak, sekadar mitos atau lagenda?. Pendapat penulis sendiri kalau nak bercerita bab sejarah tanpa bukti yang betul-betul kukuh memang susah nak disahkan. Setakat manuskrip tidak mustahil ia boleh di ubah.
Memang sejarah itu tidak patut kita lupa, tapi daripada kita letih bergaduh pasal sejarah yang memang tidak boleh diubah tu baik lah kita sama-sama fikirkan macam mana nak mengubah masa depan negara kita yang masih samar-samar lagi ni. Fikirkanlah hal kaum Melayu yang tidak pernah habis bertelagah, rasuah yang berleluasa, riba dan macam-macam lagi.
Sabtu, 01 Maret 2014
Kesian lumba lumba ini Terdampar mati hanya kerana diajak berfoto
South China Morning Post
Beijing - Tragis! Seekor lumba-lumba di China mati usai diajak berfoto dengan sejumlah pelancung. Parahnya, lumba-lumba tersebut ditarik hingga keluar dari air untuk diajak foto bersama.
Insiden ini memicu kemarahan publik di China, terutama di dunia maya. Dalam foto yang beredar secara online, terlihat sekelompok pelancung yang sibuk menarik-narik lumba-lumba ini ke pantai. Demikian seperti dilansir AFP, Selasa (18/6/2013).
Nampaknya, lumba-lumba tersebut terdampar hingga ke pantai di wilayah Hainan, China, pada 16/6 waktu setempat, sebelum ditemukan oleh para pelancung. Media setempat, Shanghai Daily melaporkan bahawa binatang mamalia itu mati akibat pendarahan parah.
Menurut media tersebut, lumba-lumba tersebut dipercayai berlanggar dengan kapal nelayan dan kemudian terdampar di lautan dangkal.
Para pelancung yang menemuinya menuai kecaman dari publik setempat. Sebab, bukannya berusaha untuk membantu lumba-lumba tersebut kembali ke laut, malah para pelancung justru berlumba-lumba untuk berfoto dengannya.
Bahkan beberapa pelancung sempat mengangkat lumba-lumba tersebut hingga ke atas air dan pelancung lainnya berpose seperti sedang menonjok lumba-lumba tersebut. Foto-foto para pelancung terseut beredar luas secara online.
Para pengguna Weibo, layaknya Twitter, di China menumpah kemarahan mereka terhadap foto-foto tersebut. "Bahkan ketika rasa hormat terhadap kehidupan hilang, saya hanya ingin mengatakan, bagaimana saya boleh bangga dengan anda, China," ucap seorang pengguna Weibo.
"Gaya para pelancung China bukanlah soal relaksasi, tapi untuk pamer... Hanya dengan memposting foto dan mendapat komentar dan pujian, apakah mereka sebenarnya sedar bahawa mereka menghabiskan wang untuk kejahatan," timpa seorang pengguna Weibo lainnya.detikNews
Insiden ini memicu kemarahan publik di China, terutama di dunia maya. Dalam foto yang beredar secara online, terlihat sekelompok pelancung yang sibuk menarik-narik lumba-lumba ini ke pantai. Demikian seperti dilansir AFP, Selasa (18/6/2013).
Nampaknya, lumba-lumba tersebut terdampar hingga ke pantai di wilayah Hainan, China, pada 16/6 waktu setempat, sebelum ditemukan oleh para pelancung. Media setempat, Shanghai Daily melaporkan bahawa binatang mamalia itu mati akibat pendarahan parah.
Menurut media tersebut, lumba-lumba tersebut dipercayai berlanggar dengan kapal nelayan dan kemudian terdampar di lautan dangkal.
Para pelancung yang menemuinya menuai kecaman dari publik setempat. Sebab, bukannya berusaha untuk membantu lumba-lumba tersebut kembali ke laut, malah para pelancung justru berlumba-lumba untuk berfoto dengannya.
Bahkan beberapa pelancung sempat mengangkat lumba-lumba tersebut hingga ke atas air dan pelancung lainnya berpose seperti sedang menonjok lumba-lumba tersebut. Foto-foto para pelancung terseut beredar luas secara online.
Para pengguna Weibo, layaknya Twitter, di China menumpah kemarahan mereka terhadap foto-foto tersebut. "Bahkan ketika rasa hormat terhadap kehidupan hilang, saya hanya ingin mengatakan, bagaimana saya boleh bangga dengan anda, China," ucap seorang pengguna Weibo.
"Gaya para pelancung China bukanlah soal relaksasi, tapi untuk pamer... Hanya dengan memposting foto dan mendapat komentar dan pujian, apakah mereka sebenarnya sedar bahawa mereka menghabiskan wang untuk kejahatan," timpa seorang pengguna Weibo lainnya.detikNews
Langganan:
Postingan (Atom)